Apa Salahnya Kahwin Awal ,,hehe

 


Aku: Ajib, aku rasa macam nak kawin la.

Ajib: Betul? Bila? 

Aku: ASAP.

Ajib: Asap apa? Mana pulak tetiba muncul asap ni?

Aku: As soon as possible la mangkuk hayun.

Ajib: Ouh okeh-okeh. Tapi sebelum tu aku nak tanya, kau sihat tak ni?

Aku: Yep, sihat walafiat lagi. Apsal?

Ajib: Ye la, angin tak kencang hujan tak lebat kau tetiba cakap pasal nak kawin. Mana la tau kau demam atau kena rasuk ke sampai cakap yang bukan-bukan.

Aku: Badigol kau. Aku serius ni. Cuba tengok muka aku ni ada gaya muka orang tengah main-main tak?


Ajib: Okeh-okeh. Kau serius. Maka aku pun harus jadi serius. Tapi kan, aku still ada kemusykilan lagi la.

Aku: Apa dia?

Ajib: Kau ni nak kawin awal, kau dah ada ke duit? Belum kerja dah berangan nak tanggung anak dara orang. 

Aku: Nikah khitbah kan boleh.

Ajib: Kemende nikah khitbah tu? 

Aku: Susah betul la dapat member yang banyak tanya ni. Senang cerita kau pegi link ni dan baca secara terperinci http://www.eperjuangan.com/2010/08/nikah-khitbah-satu-alternatif.html

Ajib: Ala, nanti la aku bukak. Malas. Kau story sikit boleh?

Aku: Member punya pasal, okey la aku cerita. Nikah khitbah ni, konsepnya gini. Kita nikah dengan perempuan tu, tapi tak tinggal serumah macam yang pasangan suami isteri selalu buat. Which means, kita still ditanggung oleh parent sampai la kedua-dua pihak dah ready nak tinggal bersama menjalani kehidupan sebagai suami isteri. Ada kefahaman?

Ajib: Ouh paham sikit. Tapi mesti tak best sebab takleh jumpa isteri kan?

Aku: Sapa kata takleh jumpa? Dah nikah tu, kau nak cium dia ke, peluk dia ke, bawak ehem-ehem ke, semua tu dah halal sebab dah nikah. Cuma atas faktor tanggungjawab nafkah tu je yang kau belum ada. Selagi kau tak tinggal serumah dengan isteri dan tak menjalani kehidupan biasa suami isteri, nafkah tu masih belum jadi tanggungjawab. 

Ajib: Jadi, kalau macam mana nak buat dengan isteri kalau tak tinggal serumah?

Aku: Kau ni memang la banyak tanya. Apa gunanya hotel?

Ajib: Ye tak ye jugak. Tapi bukan kah itu dah kira tinggal serumah?

Aku: Apa punya pertanyaan la kau ni. Ada ke orang jadikan hotel tu sebagai rumah diorang? Kalau kau kaya mungkin ye la. Lagi pun, menetap di hotel selama beberapa hari bukannya satu kebiasaan suami isteri yang dilakukan setiap hari dalam hidup. So, kau buat la dengan isteri kau di hotel tu puas-puas. Takde masalah punya.

Ajib: Tapi, kau yakin ke kau dah ready nak kawin ni? Mana tau nanti gaduh-gaduh, pastu cerai camtu je.

Aku: Sebab tu la kita kena cari sebanyak ilmu yang boleh buat masa ni. Lepas kawin pun kau still kena cari ilmu. Ilmu itu ada di mana-mana, sepanjang masa. Dengan ilmu la kau boleh jaga rumahtangga kau. Dan hanya orang yang muka tebal tak tau malu je yang sanggup cerai kerana bergaduh. Nanti nak kawin lagi kena keluar banyak duit lagi. So, logiknya tak ramai yang berani nak cerai time lepas kawin.

Ajib: Macam tu. Tapi kau tak rasa awal sangat ke nak kawin?

Aku: Tak elok melambatkan sesuatu yang baik.

Ajib: Kau ni kan. Cara kau cakap macam senang je benda kawin ni aku tengok.

Aku: Dah Islam memang mudah. Minda kita ni sebenarnya yang menyempitkan Islam. 

Ajib: Esehmen. Macam ustaz dah aku nampak kau ni. So, kau memang dah betul nak kawin la ni kan. Kau dah bincang dengan parent kau? 

Aku: Belum lagi. 

Ajib: Kau berani ke nak tanya parent kau?

Aku: Apa nak takut kalau buat benda yang betul. Kalau diorang tak nak aku kawin awal, aku bagitau la macam apa yang aku bagitau dekat kau sampai diorang yakin. Kalau aku jadi penakut, sampai bila-bila pun takkan kawin la jawabnya.


Ajib: Hmm... Okey. Kau tau tak, aku pun rasa macam nak kawin la. Hehee

* Cerita hanya rekaan semata-mata *



Tiada salahnya kahwin awal, asalkan niat kita baik seperti nak hindari maksiat dan jugak mendapat pahala beribadat (berkahwin merupakan salah satu ibadat yang dituntut). Tapi kawin lambat pun okey jugak, asalkan yakin yang dirinya dapat menahan godaan nafsu dan syaitan disamping mempersediakan diri.

Dari Ali r.a. sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda: "Tiga perkara jangan kau tangguhkan, Solat apabila tiba waktunya, Mayat apabila sampai, dan Bujang yang ditemukan sekufunya".

Jom kahwin!
(skadar kongsi2 crita jer..huhuhu..)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...