Cara Mudah Study...!!!

Beberapa TIPS berikut dapat dipraktikkan bagi merancang dan melaksanakan aktiviti pembelajaran,iaitu:
  1. Pastikan anda bljr setiap malam.Menuntut ilmu mestilah berterusan.Menurut perspektif Islam,Tuhan sukakan org yg sntiasa istiqamah dlm amalan seharian.Tetapkan stiap malam anda prlu bljr slama 3 jam.Anda mungkin blh tidur dahulu.Kemudian bangun tengah malam @pun menjelang subuh utk bljr.
  2. Semasa sesi pmbljrn,tumpukan sepenuh prhatian kpd apa yg diplajari.Fokuskn spenuh fikiran & tumpuan anda.Pastikan tiada gangguan luaran sprti,gangguan telefon,gangguan tv & gangguan dari rakan2.
  3. Jangan buat kerja separuh hati @ smbil lewa.Ingat,apabila anda mmbuat ssuatu tanamkan sifat yg trbaik.Alang2 mmnyeluk pekasam,biar sampai kpangkal lengan.Kpuasan yg tidak trhinnga mengiringi kjayaan & ksempurnaan yg dkecapi; sbaliknya,skiranya hasil kurang mmberangsangkan anda menang dalam prsmbahan wlaupun kurang brnasib dlm prcapaian.
  4. Dalam bljr,2 kemungkinan bleh brlaku:
                                                      a. letih
                                                      b. malas & bosan
Jika anda letih,rehatkn diri anda slama 10 minit.Minum air masak & tarik nafas dlm2.Rehatkan minda anda,tenangkn fikaran.Buat sdikit senaman ringan.
Namun jika anda mula rasa malas & bosan,motivasikan diri anda.Juruskan fikiran & byangkan anda kpd kjayaan pljar2 cmerlang sblum ini yg mnjadi idola anda.Ia bleh mncetuskan kmbali semangat & minat bljr.Bayangkan kjayaan yg bakal diperoleh.Kemudian truskan bljr dgn penh semangat.


CLASS 3 IBNU JARIR 2009

*p/s: azian harap kwn2 dpt ambil skit tips dr tjuk kita ni..kita jgnlah cpt brputus asa..cba byangkn kita dtmpat kwn kta yg cmrlang mcm,Madihah Mardhiah,Nurhidayah Rudi,Nur Aini Haziqah,Syahrul Azlan,Mohd.Faqihudin,Muhd.Sukri Radin,Mohd.Muzakir Abqari...dorng kan pljr2 yg cmrlang..insyaallah mcm kta jg..azi pun mula2 xpcaya kwn kita c faqih 2 dpt no.3 dlm kls tym Excel 2010..sbb azi tngok dy 2 mcm bdak nakal..tp bila fkir2 blik,azi yakin dy mgkin byk brusaha & xbrputus asa..sprti ppatah iggeris ckp,"Dont look the book by its cover"..mcm sukri,syhrul dgn muzakir pun sma jg..nakal mna pun dorg,kuat mna pun dorg suka usik2 kwn..tp tgok la result dorng..ble dkatakn cmrlang dah 2 klu dah top 10 dlm klas..apa lg klu ranking form kan..jd,klu kta mw mcm dorg..kita kena brusaha..wlaupun bnyk kali kita jatuh/gagal & kita sdah usaha sungguh2 tym 2,ttpi jgn sesekali kta cpt putus asa..jgn mudah mnyerah..sbaliknya kta usaha lg dgn pnuh kyakinn & smangat 2 bangkit blik dr kgagalan trsbut..ingatla kwn2..stiap ujian yg Allah bg kat kta pasti ada hikma dsbaliknya..xmngkin tidak ada hikmah..sbb Allah Maha Pemurah..Allah Maha Brkuasa & Allah Maha Penyayang kpd hamba2NYA yg sllu ingat,sllu mminta prtolongn & sllu brserah kpdaNYA..insyaallah..
smpai dsini ja la yg mmpu azian bg sdikit nsihat kpd kwn2 azi & kpd diri sy sndri jg..sy mnta maaf klu ada buat slah ngn kwn2..tegur ja sy klu ada buat slah spya sy ble ubah dri sy..smua yg baik dtg dri Allah,yg bruk smua dr diri sy sndri,sbaliknya..dua2 dtngnya dr Allah..wallahualam..syukran jazilan..*

SRES!!!....JENG3....

Remaja mengalami perubahan hormon dan fizikal.Cara dan gaya hidup mereka juga turut berubah.Sewaktu mengalami proses ini,ada remaja yang tidak dapat mengawal diri mereka dari mengalami stres.Stres boleh berpunca daripada beberapa sebab:
  1. Bagi remaja perempuan,apabila menjelang haid,mereka menjadi sensitif,mudah marah,tertekan dan tidak dapat mengawal emosi.Ia mengambil masa yang lama ubtuk menstabilkan diri di sepanjang tempoh haid.
  2. Masalah keluarga juga menyebabkan kebanyakan remaja bersasa tertekan.Ada yang kurang mendapat perhatian dari keluarga.Tidak kurang juga yang mengalami trauma kerana terpaksa berhadapan dengan keluarga yang berpecah-belah.
  3. Bebanan tugas yang banyak,antaranya remaja terbabit mengalami dilema bagi menguruskan masa bersama rakan-rakan,keluarga,persatuan,akedemik serta pelbagai lagi ytugasan yang perlu diuruskan.Kekangan masa yang dialami ini menyebabkan rasa tertekan pada diri mereka.
  4. Selain itu masalah kewangan turut menyumbang kepada stres.Tidak semua orang dilahirkan dalam keluarga yang serba mewah.Ada jg remaja yang perlu membanting tulang dan berjimat cermat bagi meneruskan hidup dan menyambung pelajaran.Akibat terlalu lama menanggung masalah ini,maka timbulrasa tertekan dalam diri mereka.
  5. Hubungan yang tidak baik dengan mana-mana pihak turut menggangguemosi remaja.Terdapat pelbagai jenis dan bentuk perhubungan sesama manusia.Namun,dalam berinteraksi dan berhubung dengan manusia kita tidak dapat lari dengan pelbagai rintangan dan halangan yang menimbulkan masalah dalam hubungan kita.
  6. Apabila kita kehilangan sesuatu yang amat kita sayangi sama ada dalam apa jua bentuk,sudah tentu ia menjadi salah satu faktor penyumbang stres.Walaupun kita menyedari fenomena kehilangan ini adalah lumrah alam,namun ia mengambil masa untuk mengembalikan perasaan dan jiwa menjadi tenang.
Sres sebenarnya bukan sesuatu yang luar biasa dan tidak semestinya berbahaya.Stres yang berpatutan sebenarnya boleh menjadi pemangkin bagi memenuhi impian.Namun jika stres itu melampaui batas maka ia menjadi satu gangguan.


Stres yang berada pada tahap parah dapat dikesan melalui gejala berikut:
  1. Sering marah-marah,walaupun dalam kesilapan dan hal yang remeh.
  2. Sentiasa bimbang tentang sesuatu yang mengerikan akan terjadi.
  3. Tiada penumpuan terhadap sebarang kerja yang dilakukan.
  4. Merasa tidak mendapat perhatian dari sesiapa pun.
  5. Tidak dapat membuat keputusan atau selalu membuat keputusan last minute.
  6. Mersakan diri seolah-olah orang yang gagal.
  7. Merasakan tiada orang menyukai dan menyenangi diri kita.
  8. Tidak dapat menceritakan apa yang di rasai kepada orang lain.
  9. Selalu termenung mengenangkan masalah yang dihadapi.
  10. Sering ingin lari dari masalah dan menjadi pendiam.
  11. Tidak minat untuk bergurau.
  12. Segala aktiviti yang dilakukan dalam keadaan yang tertekan.Fikirannya berserabut dengan pelbagai masalah.
Apabila anda mengalami banyak petanda di atas,maka anda mengalami tekanan yang agak serius.Maka sentiasalah menyemak dan memahami masalah yang anda hadapi.Dengan cara ini ia membuat serba sedikit dalam menangani tekanan.

*azie hrap kwn2 dpt ssuatu dr tjuk Stres ni ok..sbb sters ni lumrah yg pasti akn dtng dlm dri kita wlpun hnya dtang skali dlm seumur hdup kta..apatah lg dlm zamn kita skrg ni..zmn rmaja la ktakn..tp blum lg msuk ke alam pkrjaan & prkahwinan..mna tw lg bnyak halangn & rintangan yg Allah bg kat kta tym 2..jd,kta msti brsedia dgn lbih awl..klu kta rsa ptanda2 stres hadir dlm dri kta,cpat2la istighfar...igt Allah..igt..i2 mgkin ujian yg Allah bg kat kta tuk mnguji sjauh mna ktabahn & ksbaran kta pd ujian Allah..& kwn2 pun msti igt..stiap ujian yg Allah bg kat kta smuanya pasti ada hikmahnya..owk..nnt klu ada apa2 mw tmbh,kasi tmbh ja kat new post k...trma kasih kwn2...=) wallahualam..*


<>
ni bru la ok...smua xstres tym ni..snyum2 semua..
frens 4 ever ok.. [kenangan summer camp 2010]


WAHAI CINTA

Duhai sahabat...
Cinta itu di dalam hati...
kita mempunyai sebuah rumah...
Rumah itu sentiasa dikunjungi tetamu...
Ada yang baik dan ada yang buruk.
Terkadang rumah itu cantik apabila kita kemaskan,
kita hiaskan dengan perabot KETAKWAAN, 
diwarnai indah dengan warna-warna KEIMANAN 
bahkan menjadi perhatian jika dilengkapi dengan kelengkapan ILMU pengetahuan. 
Tetamu yang baik hadir menambah perabot rumah mu, wahai kawanku...
Dia mengindahkan lagi warna pada dinding hatimu bahkan sentiasa mengajak memenuhi rumahmu dengan kelengkapan ILMU...

Dan ketahuilah duhai sahabatku...
Tetamu burukmu hanya ingin mencuri perabotmu, 
merosak dinding hatimu dan melenyapkan kelengkapanmu 
sehingga rumahmu roboh dan kau sendiri ditelan bumi kemaksiatan...
Suatu hari, bayu lembut menyapa telingamu,
mengkhabarkan tentang tetamu yang bernama CINTA ingin bertandang ke rumahmu...
Dan berhajat tinggal di dalam kamar hati mu...

Kau gembira mendengarkannya...
Maka tatkala sang CINTA sampai di hadapan pintu rumahmu...
Apa yang akan kau lakukan ???
menerimanya sedangkan rumah mu bersepah tak terurus ???
Dengan perabot TAKWA yang reput dan sudah lapuk tak diganti,
dan warna-warna IMAN yang luntur tak diperbaharui... 
Dan hiasan kelengkapan ILMU yang masih belum mencukupi ???
Sekalipun hatimu berat...

Pintalah sang CINTA itu pulang...
Beritahulah kepadanya... :
Maafkan aku... 
Aku masih belum bersedia untuk menerima kau sebagai tetamuku... 
Kerana...
Aku ingin menggantikan perabot TAKWA ku kerana ia sudah reput tak bermaya... 
Agar TAKWA ku mengingatkan aku agar aku mencintaimu tanpa melupai PENCIPTA ku, 
yang Maha Pengasih...

Dan kau sendiri selesa beristirehat di dalam hatiku...
kerana aku ingin memperbaharui warna IMAN pada dinding rumah (HATI)ku...
Agar hilanglah gelisahmu, 
reduplah hatimu dan tenanglah jiwamu saat kau memandang 
warna-warna IMAN yang indah berseri...
Terang dan menerangi...
Kerana aku ingin menambah segala kelengkapan dan hiasan ILMU dalam rumahku...
Agar kau selesa baring atas hamparan permaidani HARTA ku 
dan kau selesa dengan tutur bicara HIKMAH ku...

Kau tahu wahai CINTA ???
Kerana setelah aku menerima mu sebagai tetamu ku... 
AKU TAK AKAN BIARKAN KAU KELUAR DARI RUMAHKU BUAT SELAMANYA.......



Duhai sahabat..
... Sungguh cinta itu indah, 
Namun ia adalah satu anugerah apabila kita sudah mampu dan bersedia...
Tetapi bagi pelajar macam kita ???
Cinta itu biasanya hanyalah musibah...

Cintailah ALLAH...
Yang sentiasa mencintaimu, 
memeliharamu dan mengasihimu...
Saat mereka bertanya...
Mengapa kau mencintai ALLAH ?

Katakanlah wahai temanku...
Kerana ALLAH lah yang menciptakan aku,
memeliharaku dalam rahim bondaku,
kerana aku Mendengar namanya saat bapaku berseru di telingaku...
Kerana Dia yang menumbuhkan dagingku...
Dan mengukuhkan tulangku...
Dan sentiasa memaafkan segala salah - silapku...
Tutur bicara mulutku...

Bagaimanalah aku mampu untuk mencintai sesuatu atau sesiapa melibihi ALLAH...
Aku tak menemui alasan untuk mengingkari Nya...
Hidup dan matiku.......
Segalanya untukNya........

kenangan terindah

video




AssalamualAikum kawan2x semua....hihi video kat atas  ny aqu saja jak upload coz boring plak aqu tetiba terasa dan aqu gak saja upload video ny untuk kita semua sama2x menGimBau masa2x dulu kala larr kata kan...hihi.
   Anyway   viDeo ny taklarr sehebat video yang c akmal selalu bat tp aqu harap video ny dpt larr jua menambah kan koleksi cerita kita batch 94  kat blog ny sepanjang kita semua bersahabat, walaupun video ny da aqu uploadkan kat Fb ya.....





 klarr kawan2x ada masa Borink2x nnt....aqu kongsi lg  apa2x yang patut aqu kongsi ngan kamu semua ya...hihi klarr maw p tuition da  ny...^_^

Dengki-mendengki,Sindir-menyindir..

Kawan-kawan,ni hadis sy dapat dari buku Khas untuk Muslimah..jadi aziey nak kongsi ilmu tentang tajuk ni kat kawan2..jangan lupa baca k..


Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya:
Sesungguhnys Rasullullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu saling membenci,dengki-mendengki dan sindir-menyindir.Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.Haram seseorang Muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya.[Bukhari&Muslim]


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk,janganlah kamu sindir-menyindir,janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain.Sementara itu,jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.[Bukhari&Muslim]


Diriwayatkan daripada Abu Ayub al=Ansari r.a katanya:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Haram bagi seseorang muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga malam,apabila kedua-duanya bertemu saling memalingkan mukanya.Sementara itu,yang terbaik di antara kedua-duanya adalah mereka yang mula mengucapkan salam.[Bukhari&Muslim]


sapa2 yang mw tambah tentang tajuk ni,kongsi2 la untuk kita2 semua..supaya sma2 dapat ilmu baru..owk..hihi..semua yang buruk datang dari diri sy sndiri & yang baik smuanya datang dari Allah,namun kedua-duanya datang dari Allah..wallahualam..wasalamualaikum...

Adab Memberi Nasihat

Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda: “Agama itu adalah nasihat.” Kami berkata: “Untuk siapa?” Baginda bersabda: “Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya.”

Hadis riwayat al-lmam Muslim.
.................................................................................
Di dalam hadith ke-7 dalam Kitab Hadith 40 yang telah disusun oleh Imam Nawawi ini, jelas telah digambarkan oleh Rasulullah SAW tentang perihal pentingnya nasihat menasihati di dalam perkara kebaikan. Nasihat juga digambarkan besarnya seperti sebuah Agama Islam, menunjukkan bahawa Islam ini melingkari seluruh aspek kehidupan seharian kita. 


Pengertian nasihat


Agama Islam adalah agama Allah, dan agama menurut Rasulullah SAW adalah nasihat yang terbaik untuk umatnya. Dalam Bahasa Arab, nasihat membawa maksud yang dinasihati akan mendapat faedah daripada nasihat yang telah diberi. Ia juga membawa erti bahawa yang menasihati hendaklah menggunakan perkataan yang terbaik dan ikhlas bersih dari maksud yang tidak baik.


Adab-adab memberi nasihat


1. Meluruskan niat sebelum menasihati seseorang supaya tidak ada yang berasa disakiti. Ikhlas menasihati saudara semuslim semata-mata karena Allah. Seharusnya seorang yang ingin memberikan nasihat itu perlulah bersih dari segala bentuk niat yang terpesong kerana ia akan memberi kesan ke atas nasihat yang ingin diberikan. Janganlah menasihati seseorang itu kerana ingin menunjukkan kitalah orang yang benar, tetapi tegurlah kerana ingin mengajak sahabat ke jalan yang benar.


2. Menjaga ukhuwah semasa menasihati. Diusahakan supaya menasihati saudaranya dengan tidak diketahui orang lain. Sebahagian ulama berkata, “Barangsiapa yang menasihati seseorang dan hanya ada mereka berdua, maka itulah nasihat yang sebenarnya. Barangsiapa yang menasihati saudaranya di depan banyak orang, maka yang demikian itu mencela dan mencelakan orang yang dinasihati.” Islam mengajar umatnya supaya mempunyai akhlak yang tinggi. Dalam hal menasihati juga terdapat perkara ini. Ini menunjukkan bahawa Islam amat menjaga hati dan maruah orang yang dinasihati supaya tidak berlaku perpecahan kerana perkara nasihat.


3. Bersih hati semasa menasihati. Menggunakan bahasa yang halus dan menegur hanya untuk perkara-perkara yang salah. Kadang-kadang kita sering menggunakan perkataan yang sangat teruk untuk meluahkan nasihat kita. Dalam ceramah-ceramah dan kuliah-kuliah yang berbentuk menasihati, kita lebih gemar menyatakan salah orang lain seolah-olah mereka yang melakukan perkara tersebut sangat jahat dan sudah tiada ruang untuk bertaubat. Seharusnya selaku seorang pendakwah, nasihat adalah senjata utama yang perlu digunakan sebaiknya.


4. Memikirkan cara yang terbaik untuk menasihati saudara. Seboleh-bolehnya mengenali dulu saudara yang bakal kita nasihati itu. Nasihatilah mereka dengan kasih sayang dan jadilah sebahagian dari mereka, kerana dari situ kita akan tahu apa puncanya mereka begitu.


5. Memberi waktu dan kesempatan kepada saudara yang dinasihati untuk mengubah sifat buruk/ kesalahan yang dilakukannya. Manusia perlukan masa untuk berubah, jangan memaksa mereka untuk berubah mendadak, ia bukan dalam lingkungan tugas seorang pendakwah. Dalam berdakwah perlu akan sifat sabar dan berserah kepada Allah. Jadilah orang yang sentiasa mengharap pertolongan Allah dan jangan mudah putus asa di atas nasihat yang diberikan kerana itu mungkin ujian yang telah ditentukan oleh Allah untuk menguji kesabaran.


Ayuh semua sahabatku, kita renungkan kembali perkara yang telah kita lakukan selama ini, nasihat yang telah kita berikan kepada orang lain atau nasihat yang diperolehi daripada orang lain, adakah kita sudah melaksanakan amanah ini? Jangan jadi golongan yang hanya tahu menasihati sedangkan mereka tidak sedia untuk dinasihati.

blog baru

assalammualaikum w.b.t
Buat teman2 yang disayangi,mungkin persahabatan kita 
tidak akan berkekalan selamanya..
tahun depan ,lepas sahaja habis SPM..
kita semua akan mengikuti haluan masing2..
mungkin ada sambung belajar kat luar negara..mungkin juga kat dalam negara..
atau mungkin ada yang mengambil keputusa untuk kahwin,,hehehe..
kita hanya mampu merancang tapi ALLAH lah yang menentukan segala2nya..
akhir kata dari cahaya petunjuk..gud luck 4 SPM!!!
Daisypath Friendship tickers

Gambar Tym ^^

Papaw..huhu riadah

Dengar Taklimat..huhu happy

Menunggu jemaah lain..

Santai

kudapan jap..

Kami kawan!!

Papawma atun

Gambar ckit

Gadis Melayu

Maw sleep..hehehe shut..


Riadah..sihat..

Dengar ceramah

Breakfast

ha! lambat lgi.hihih denda..putra ja

ish2..akmal putra semai..
hari kerjaya 2010,UMS

school summer camp,,UMS

jalan kaki maw pi 1Borneo

Santai sebelum masuk Aquarium UMS

Menunggu ketibaan teman2 yg lain

school summer camp 2010,,UMS



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...