Remaja mengalami perubahan hormon dan fizikal.Cara dan gaya hidup mereka juga turut berubah.Sewaktu mengalami proses ini,ada remaja yang tidak dapat mengawal diri mereka dari mengalami stres.Stres boleh berpunca daripada beberapa sebab:
- Bagi remaja perempuan,apabila menjelang haid,mereka menjadi sensitif,mudah marah,tertekan dan tidak dapat mengawal emosi.Ia mengambil masa yang lama ubtuk menstabilkan diri di sepanjang tempoh haid.
- Masalah keluarga juga menyebabkan kebanyakan remaja bersasa tertekan.Ada yang kurang mendapat perhatian dari keluarga.Tidak kurang juga yang mengalami trauma kerana terpaksa berhadapan dengan keluarga yang berpecah-belah.
- Bebanan tugas yang banyak,antaranya remaja terbabit mengalami dilema bagi menguruskan masa bersama rakan-rakan,keluarga,persatuan,akedemik serta pelbagai lagi ytugasan yang perlu diuruskan.Kekangan masa yang dialami ini menyebabkan rasa tertekan pada diri mereka.
- Selain itu masalah kewangan turut menyumbang kepada stres.Tidak semua orang dilahirkan dalam keluarga yang serba mewah.Ada jg remaja yang perlu membanting tulang dan berjimat cermat bagi meneruskan hidup dan menyambung pelajaran.Akibat terlalu lama menanggung masalah ini,maka timbulrasa tertekan dalam diri mereka.
- Hubungan yang tidak baik dengan mana-mana pihak turut menggangguemosi remaja.Terdapat pelbagai jenis dan bentuk perhubungan sesama manusia.Namun,dalam berinteraksi dan berhubung dengan manusia kita tidak dapat lari dengan pelbagai rintangan dan halangan yang menimbulkan masalah dalam hubungan kita.
- Apabila kita kehilangan sesuatu yang amat kita sayangi sama ada dalam apa jua bentuk,sudah tentu ia menjadi salah satu faktor penyumbang stres.Walaupun kita menyedari fenomena kehilangan ini adalah lumrah alam,namun ia mengambil masa untuk mengembalikan perasaan dan jiwa menjadi tenang.
Sres sebenarnya bukan sesuatu yang luar biasa dan tidak semestinya berbahaya.Stres yang berpatutan sebenarnya boleh menjadi pemangkin bagi memenuhi impian.Namun jika stres itu melampaui batas maka ia menjadi satu gangguan.
Stres yang berada pada tahap parah dapat dikesan melalui gejala berikut:
- Sering marah-marah,walaupun dalam kesilapan dan hal yang remeh.
- Sentiasa bimbang tentang sesuatu yang mengerikan akan terjadi.
- Tiada penumpuan terhadap sebarang kerja yang dilakukan.
- Merasa tidak mendapat perhatian dari sesiapa pun.
- Tidak dapat membuat keputusan atau selalu membuat keputusan last minute.
- Mersakan diri seolah-olah orang yang gagal.
- Merasakan tiada orang menyukai dan menyenangi diri kita.
- Tidak dapat menceritakan apa yang di rasai kepada orang lain.
- Selalu termenung mengenangkan masalah yang dihadapi.
- Sering ingin lari dari masalah dan menjadi pendiam.
- Tidak minat untuk bergurau.
- Segala aktiviti yang dilakukan dalam keadaan yang tertekan.Fikirannya berserabut dengan pelbagai masalah.
Apabila anda mengalami banyak petanda di atas,maka anda mengalami tekanan yang agak serius.Maka sentiasalah menyemak dan memahami masalah yang anda hadapi.Dengan cara ini ia membuat serba sedikit dalam menangani tekanan.
*azie hrap kwn2 dpt ssuatu dr tjuk Stres ni ok..sbb sters ni lumrah yg pasti akn dtng dlm dri kita wlpun hnya dtang skali dlm seumur hdup kta..apatah lg dlm zamn kita skrg ni..zmn rmaja la ktakn..tp blum lg msuk ke alam pkrjaan & prkahwinan..mna tw lg bnyak halangn & rintangan yg Allah bg kat kta tym 2..jd,kta msti brsedia dgn lbih awl..klu kta rsa ptanda2 stres hadir dlm dri kta,cpat2la istighfar...igt Allah..igt..i2 mgkin ujian yg Allah bg kat kta tuk mnguji sjauh mna ktabahn & ksbaran kta pd ujian Allah..& kwn2 pun msti igt..stiap ujian yg Allah bg kat kta smuanya pasti ada hikmahnya..owk..nnt klu ada apa2 mw tmbh,kasi tmbh ja kat new post k...trma kasih kwn2...=) wallahualam..*
ni bru la ok...smua xstres tym ni..snyum2 semua.. frens 4 ever ok.. [kenangan summer camp 2010] |
No comments:
Post a Comment