Aku Sayang Kamu,sahabat..


Assalammualaikum sahabat2ku...seminggu bercuti sudahpun berlalu,sejujurnya aku sangat merinduimu sekalian.Tidak sabar rasanya kembali ke sekolah dan bertemu denganmu..Tahukah kamu??aku sungguh sayangkan kamu sekalian.Tanggal 04 Januari 2007 bermulanya memori ini tercipta sehinggalah saat ini dan aku berharap ia akan berkekalan selama-lamanya.Segala suka dan duka kita kongsi bersama-sama.Pergaduhan dan perselisihan pasti takkan lari dari dunia persahabatan.Ketahuilah sahabatku,setiap pertelingkahan yang berlaku antara kita menjadi bukti bahawa kita saling menyayangi.Aku pasti,kita semua nak yang terbaik buat sahabat-sahabat kita kan??Tetapi..secara ikhlasnya dalam dunia persahabatan kita tetap ada kekurangan yang perlu diperbaiki.Tanpa kita sedari,,kekadang kita hanya pentingkan diri sendiri.Lebih-lebih lagi situasi kita yang hampir dengan exam besar SPM.Kita hanya fikirkan exam, exam dan exam sehingga kita abaikan tanggungjawab kita sebagai sahabat.Mungkin ya..pada kita langsung tak punya masalah..namun siapalah kita mahu menilai diri kita.. hanya orang yang melihat sahaja yang sedar.Aku begitu malu sekali dengan sikap junior2 kita.Kita sering ditegur oleh guru disiplin kita yang mengatakan perbuatan junior2 kita adalah atas dasar ikutan daripada senior mereka.Mesti semua orang menafikannya kan??? Ya..memang bukan kita yang mengajar tapi kita lah  puncanya.Kemesraan antara kita kadang2 terlalu berlebihan.Gurauan kita sungguh keterlaluan dan inilah puncanya para junior tidak ada sikap hormat malah lebih memberanikan diri mereka membuat perkara yang bukan2.Sedar tak,,akhlak puteri sekolah kita semakin runtuh.Fikirlah sendiri dan tolong jangan nafikan ia tetapi selidiklah sendiri  untuk mencari hakikat kebenaran itu sendiri.Sebagai pelajar yang berstatuskan sekolah agama kita seharusnya sudah memiliki sifat kewanitaan ..walaupun memang sukar untuk menjadi matang,,tapi itulah hakikatnya  bahawa kita seorang pelajar perempuan yang sudah diasuh dengan pendidikan agama lebih-lebih lagi umur kita sudah mencapai 17 tahun.Tak salah untuk kita bergurau tapi janganlah sampai boleh menggegarkan satu sekolah..hehehe,,gurau je,,maksudnya jangan sampai kecoh2.HUH! nampaknya aku harus meninggalkan dulu blog ni,,sebelum itu...maafkan aku atas segala ketelanjuran kata2 ini dan segala pesanan dan teguran adalah untuk aku dan semua.Andai kemarahan akan timbul di sukma hatimu..ampunkanlah daku..dan leraikanlah kemarahan itu kerna kemarahan itu adalah bukti kelemahn kita.Anyway..bersahabat dengan orang sepertimu banyak mengajar aku untuk mengenal erti persahabatan.Sekian daripada saya..Mrs.7oNe.
~AKU SAYANG PADAMU~
FIKIRLAH SEGALA APA YANG BERLAKU

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...