Assalammualaikum w.b.t..
Alhamdulillah..bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya saya dapat lagi berceloteh di ruang blog ini.Nampaknya,anak kelahiran 1994 semakin gembira bila diisytiharkan bahawa 14 Disember 2011 akan berakhirnya SPM.Pelbagai rancangan sudah disusun rapi bagi memenuhi cuti panjang mereka.Ramai yang sedang memasang niat untuk bekerja mencari duit disamping pengalaman itu sendiri.Tidak lepas juga pada mereka yang ingin belajar memandu,menjahit dan ada pula yang terpilih mengikuti program PLKN.Mungkin bagi mereka yang mendapat PLKN pasti segala rancangan harus dilupakan,namun jangan sedih..pasti ada sesuatu yang lebih baik ALLAH nak berikan pada kamu kerana kamu merupakan insan yang terpilih.Walaubagaimanapun,dalam kita seronok nak merealisasikan hajat kita,saya nasihatkan agar kita janganlah lupa pada ALLAH.Seperti Madam Step kata pada jamuan akhir tahun form 5..janganlah lupa pada agama yang selama ini kita pelajari.Mungkin pada kita Madam adalah orang bukan Islam tapi tak salah sekiranya kita mengambil ia sebagai satu peringatan dan pengajaran,malu juga bila orang bukan Islam berkata begitukan...SPM dah pun selesai adakah kita patut berasa lega??Ek..jangan dulu..SPM merupakan penentu masadepan kita.Di sinilah titik permulaannya perjuangan kita.Kita mahukan sesuatu yang membawa kita kepada keredhaan ALLAH bukan kerana pada nama atau nilai.Semoga apa yang kita pilih untuk jalan kita yang seterusnya adalah dengan niat yang ikhlas.Jangan tersalah pilih,,kerana dunia ini takkan undur ke belakang tetapi sentiasa maju kehadapan.Janganlah kita asyik mengeluh dengan segala duygaan dan tanggungjawab yang diberikan kerana disetiap penghujung kesusahan kita itu pasti ada kesenangan.
No comments:
Post a Comment