Penghargaan Buat Guru Tercinta

Dengarlah guruku


Bismillahirahmanirrahim..
Assalammualaikum dan  salam sejahtera buat semua pembaca blog kaami.
Entry kali ini kami tujukan khas buat guru-guru tercinta kami di SMK Agama Tun Ahmadshah.Segala pengorbanan cikgu-cikgu untuk menjadikan kami manusia yang berguna susah untuk kami jelaskan dengan kata-kata betapa beruntungnya kami memiliki guru sebaik dan seikhlas cikgu.

Pada mulanya kami tidak sedar.Setiap kali cikgu memberi kami tugasan,pasti keluhan dan alasan yang kami lontarkan.Tugasan yang diberi kami siapkan walaupun hakikatnya yang sebenar ia dilakukan dengan keterpaksaan dan pembohongan.Di belakang cikgu,pelbagai cemuhan yang kami lontarkan dengan alasan cikgu tak memahami kami.Hujung minggu,cikgu pasti  mengadakan kelas tambahan dan ini menunjuk seolah-olah waktu persekolahan tidak mencukupi.Kami bengang,tapi kami turut menghadiri kelas tersebut.Persoalan yang timbul di kotak fikiran kami saat itu ialah mengapa cikgu rajin mengajar kami .Sehinggalah tiba saat kami ingin menghadapi peperiksaan besar PMR.Cikgu nampaknya semakin kerap meluangkan masa dengan kami.

"Ya Allah,ampunilah dosa kami kerana selama ini kami membantah dan mengeluh dengan setiap tugasan yang guru kami berikan,sedangkan hakikatnya yang sebenarnya semua itu dilakukan demi kejayaan kami.Ya Allah,berdosanya kami kerana telah melukai hati seorang guru yang tulus dan ikhlas mengajar kami.Ya Allah,Engkau limpahkan lah rahmat kepada guru-guru kami diatas segala pengorbanan yang telah mereka korbankan.Amin ya rabbalalamin."

Di saat kami kegelisahan menanti saat yang mendebarkan,kami tersedar.Kerjaya seorang guru bukan sekadar mengajar di waktu persekolahan tetapi sebenarnya memikul satu amanah yang berat untuk memastikan anak-anak didiknya memahami setiap apa yang diperkatakan.Justeru,memastikan anak-anak didiknya mendapatkan ilmu untuk diamalkan.Segala masalah murid tidak hanya berhenti difikirkan di waktu loceng sekolah berbunyi tetapi ia berlanjutan sehingga tiba di rumah yang sepatutnya masa untuk cikgu-cikgu berehat.

Pesanan buat guru tercinta
"Cikgu,mungkin selama ini kami tidak sedar akan segala usaha gigih mu tapi,setelah kami  melangkah keluar dari gerbang persekolahan barulah kami sedar betapa ruginya kami kerana tidak menghargai kehadiranmu yang sedia membantu kami.Terima kasih guruku."

Terima Kasi yang tak terhingga buat cikgu kami:
1.Cikgu Noreeza M.
2.Cikgu Dayang Aisyah.
3.Cikgu Sulaiman
4.Cikgu Kamariah
5.Cikgu Kamaliah
6.Madam Marlinda
7.Madam Zalina
8.Sir Junior
9.Ustazah Fazriana
10.Ustazah Wan Rosmawati
11.Sir Rizal Nawi
12.Sir Syukor
13.Ustazah Zaihan.
14.Ustaz Syariful
15.Ustazah Nissa'
16.Cikgu Noraiha.
17.Cikhu Hamilah Hanun
18.Madam Sapura
19.Madam Zainab
20.Ustaz Naim
21.Cikgu Juliahati Ladale
22.Sir Khusairi Karim
23.Sir Amir Hamzah
24.Madam Eryana
25.Ustaz Hafizy
26.Sir Rosmadi K
27.Ustz Yassir
28.Madam Stephenie
29.Ustaz Jamil Abdullah
Dan semua  guru2 yang lain.
PENGETUA:
Ust.Idrus Abd Rahman
Ustz.Affida Jelmi
Ust.Kasim bin Tusin

*Di atas segalah kesalahan ejaan harap dimaafkan.

Majukan sekolahku

2 comments:

  1. Saya tak mampu mengira dan menulis semua nama guru saya sebab terlalu ramai. Begitulah, ilmu tetap hidup walaupun pemberinya sudah tiada.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...